Thursday, 30 March 2017

Banyak haiwan yang hampir pupus akibat pembalakan, pemburuan haram dan sebagainya.Antaranya ialah:

1. Sand Cats



SAND CATS (KUCING PASIR) MERUPAKAN SATU-SATUNYA SPESIS DARI KELUARGA KUCING YANG TINGGAL DI PADANG PASIR, TERUTAMANYA DI KAWASAN PADANG PASIR DI AFRIKA UTARA, ASIA BARAT DAN ASIA TENGAH.

SEJAK TAHUN 2002 KUCING PASIR INI TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI HAIWAN YANG TERANCAM OLEH IUCN (INTERNATIONAL UNION FOR THE CONSERVATION OF NATURE) KERANA PENURUNAN POPULASI YANG MENDADAK.

2. EGYPTIAN TORTOISE


EGYPTIAN TORTOISE (KURA-KURA MESIR?) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI KLEINMAN'S TORTOISE ATAU LEITH'S TORTOISE INI DIANGGAP DALAM KEADAAN TERANCAM YANG KRITIKAL.

IANYA DIPERCAYAI SUDAH PUPUS DI MESIR, WHICH IS IRONIC, SEBAB NAMANYA EGYPTIAN TORTOISE TAPI TAK BOLEH DIJUMPAI DI TEMPAT BERSEMPENA DENGAN NAMA KURA-KURA INI.

RIBUAN SUDAH DIHANTAR KE AMERIKA DAN LAIN-LAIN NEGARA DENGAN TUJUAN PEMBIAKAN DALAM KURUNGAN.

3. SEA OTTER


SEA OTTER INI HAMPIR PUPUS DISEBABKAN AKTIVITI PEMBURUAN YANG INGIN MENGAMBIL BULU MEREKA.

POPULASI HAIWAN INI DI BARAT LAUT PASIFIK BERKURANGAN KEPADA KURANG DARIPADA 2000 EKOR PADA AWAL ABAD KE-20.

BERITA BAIKNYA, DENGAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG, POPULASI SEA OTTER INI TELAH MENINGKAT KEPADA 100,000 HINGGA 150,000 EKOR.

4. FENNEC FOX

FENNEC FOX YANG MENDIAMI KAWASAN AFRIKA UTARA DAN TIMUR TENGAH INI MASIH LAGI BELUM DIANGGAP SEBAGAI HAIWAN YANG TERANCAM NAMUN HABITAT MEREKA MENERIMA ANCAMAN DARI AKTIVITI PERLANCONGAN DAN PEMBANGUNAN.

TELINGANYA YANG BESAR MEMBANTU UNTUK MEMBURU PADA WAKTU MALAM DENGAN BERFUNGSI UNTUK MENDENGAR PERGERAKAN MANGSA DI BAWAH TANAH DAN MENYEJUKKAN BADAN DARIPADA HABA PADANG PASIR.

5. MEXICAN AXOLOTL


MEXICAN AXOLOTL INI MERUPAKAN SALAH SATU SPESIS SALAMANDER DAN TINGGAL DI DALAM AIR.

HAIWAN INI DIKATAKAN HAMPIR PUPUS, DENGAN KURANG DARIPADA 1200 EKOR YANG TINGGAL DI MEXICO, SATU-SATUNYA HABITAT TERAKHIR BAGI POKEMON INI YANG MASIH TERPELIHARA.

6. PIKA


PIKA YANG MERUPAKAN MAMALIA KECIL DARI KELUARGA ARNAB INI MEMPUNYAI TELINGA YANG BESAR DAN TIDAK MEMPUNYAI EKOR.

MENURUT WORLD WILDLIFE FOUNDATION WWF), BINATANG INI TERANCAM KERANA IANYA TERDEDAH KEPADA KESAN PEMANASAN GLOBAL DISEBABKAN PIKA INI TINGGAL DI HABITAT YANG SEJUK DAN AGAK LEMBAP DI KAWASAN TANAH TINGGI.

APABILA PEMANASAN GLOBAL SEMAKIN MENINGKAT, HABITAT TERSEBUT AKAN SEMAKIN BERKURANG DAN BAKAL MEMBAWA KEPUPUSAN KEPADA SALAH SATU SPESIS POKEMON INI.

7. MANDARIN DUCK

MANDARIN DUCK YANG MENDIAMI ASIA TIMUR INI SAMA SEPERTI BURUNG MERAK DI MANA HANYA YANG JANTAN MEMPUNYAI BULU-BULU YANG COLOURFUL MANAKALA SI BETINA HANYA BERWARNA PLAIN.

WALAUPUN AKTIVITI PEMBANGUNAN TELAH MENGURANGKAN SPESIS ITIK INI NAMUN IANYA MASIH LAGI BOLEH DIJUMPAI DI BEBERAPA KAWASAN DI ASIA TIMUR.

MENURUT BBC, ITIK INI SALAH SATU JENIS ITIK YANG TIDAK DIBURU UNTUK DIMAKAN KERANA RASANYA YANG SANGAT TIDAK SEDAP.

8. SLOW LORIS

BERASAL DARI INDONESIA, SLOW LORIS DARI SPESIS KOKANG DIBURU HINGGA HAMPIR PUPUS KERANA KONONNYA DAGINGNYA YANG DIKATAKAN BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT DAN MEMPUNYAI NILAI-NILAI SPIRITUAL.

KOKANG INI MEMANG NAMPAK SANGAT COMEL TAPI SEPERTI GADIS-GADIS COMEL YANG MAMPU MEMATAHKAN HATI PARA JEJAKA, SLOW LORIS INI MERUPAKAN SATU-SATUNYA KELUARGA BERUK YANG BERBISA.

IA MENYIMPAN RACUN DI DALAM KANTUNG PADA BAHAGIAN SIKU DAN MENYERANG MANGSANYA DENGAN CARA YANG SANGAT AWESOME IAITU DENGAN MENYEDUT RACUN TERSEBUT KE DALAM MULUT DAN BERKUMUR SEBELUM MELANCARKAN SERANGAN GIGITAN BERBISA

9. BELUGA WHALE


IKAN PAUS BELUGA YANG TERKENAL KERANA CIRI-CIRI BONJOLAN PADA KEPALANYA DAN BERWARNA PUTIH INI MENURUT KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT MENGALAMI ANCAMAN DI HABITATNYA DI ALASKA.

DIANGGARKAN HANYA KIRA-KIRA 100,000 EKOR YANG TINGGAL DI HABITAT LIAR BAGI SALAH SATU SPESIS IKAN PAUS TERKECIL INI.

10. BLACK FOOTED FERRET


BERASAL DARIPADA SALAH SATU KELUARGA MUSANG, BLACK FOOTED FERRET INI DIANGGAP TERANCAM OLEH IUCN.

MALAHAN, BINATANG INI PERNAH DIISYTIHARKAN PUPUS PADA TAHUN 1979, SEBELUM DUA TAHUN KEMUDIAN SEBILANGAN KECIL TELAH DIJUMPAI DI WYOMING, AMERIKA SYARIKAT.

USAHA-USAHA PEMULIHARAAN YANG GIAT DIJALANKAN TELAH MENDATANGKAN HASIL DENGAN LEBIH KURANG 1000 EKOR BERJAYA DIBIAKKAN, MENJADIKANNYA ANTARA USAHA PEMULIHARAAN HAIWAN TERANCAM PALING BERJAYA DI AMERIKA SYARIKAT.

Bunga yang diancam kepupusan

Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.

Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.

Bagaimana pun sesetengah bunga telah pun pupus disebakan faktor persekitaran.Berikut adalah senarai 10  bunga yang jarang dilihat dan hampir pupus

1. Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)





Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

2. Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)




Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina. Pepohon bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait erat dengan kacang merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung dari cabang-cabang sehingga mencapai hingga tiga meter panjangnya. Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies ini telah terbukti sukar untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin pupus.


3. Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)



Bunga  ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi. Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim gugur
4. Koki’o (Kokai cookei)




Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang 

5. Gibraltar Campion (Silene tomentosa)



Bunga ini hanya boleh ditemui dilereng lereng gunung di Gibraltar. Di Gibraltar masih ada beberapa spesis yang dapat ditemui. Tetapi sayangnya, pada tahun 1992, semua jejak tanaman ini telah lenyap dan akhirnya pupus. Kemudian pada tahun 1994 seorang pendaki telah menjumpai spesis tunggal dan membawanya untuk dibiakkan. sekarang bunga ini tumbuh di The Almeda Gibraltar Botanic Gardens serta Royal Botanic Gardens di London.

6. Paruh Kakak Tua (Lotus berthelotii)





Bunga yang indah ini terdapat di Kepulauan Canary. Pendebungaan bunga ini diyakini dibantu oleh burung sunbird, yang  sudah lama pupus di Kepulauan Canary. Hal ini menyebabkan bunga ini jarang dilihat lagi.


7. Middlemist Merah (Middlemist kamelia)



Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari China oleh John Middlemist pada tahun 1804. Bunganya berwarna merah muda cerah dan terlihat hampir menyerupai bunga mawar.

8. Kosmos Cokelat (Cosmos atrosanguineus)



Dengan warna merah gelap ,bunga ini merupakan salah satu spesies dari Cosmos, yang berasal dari Mexico. Memiliki ukuran diameter sekitar 3-4 cm. Bunga-bunga ini memiliki bauan vanilla, yang juga membuatnya menjadi tanaman hiasan yang indah.


9. Lady Slippers Kuning dan Ungu (Cypripedium calceolu)





Pepohon dari jenis anggerik liar ini dijumpai di Eropah. Contoh tanaman ini yang berada di Inggeris, dapat ditemui di padang golf dan telah berada di bawah perlindungan polis yang ketat sejak tahun 1917. Setangkai tunggal bunga ini boleh dijual dengan harga 5000 Dollar AS.





10. Anggerik Hantu (Epipogium aphyllum)

Anggerik Hantu


Bunga Anggerik Hantu merupakan tanaman yang telah pupus selama hampir 20 tahun, tetapi baru-baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini sangat jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang biak. Kerana tidak memiliki daun untuk proses fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri. Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk sumber pemakanan

 PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR.                              Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.    



Hutan adalah khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam yang lainnya. Hutan penting juga untuk warisan generasi akan datang. Walau bagaimananpun, terdapat terdapat pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terancam. Banyak kawasan umbuhan semula jadi yang musnah dan sepsis hidupan liar yang hamper pupus.

            Supaya kegiatan-kegiatan tersebut dapat dikawal, maka langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan perlu dilaksanakan. Pemeliharaan hutan termasuklah usaha-usaha membela dan menjaga hutan supaya tidak musnah. Pemuliharaan hutan pula ialah usaha-usaha memperbaiki dan mengembalikan keadaan hutan yang telah tercemar kepada keadaan semula jadinya.



16. 2 Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.


Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.

            Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.

            Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan dan aktiviti perburuaan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan. 


Rajah 16.1  Taman Negara- penebangan hutan dan perburuan hidupan liar diharamkan disini.

Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) turut bertanggungjawab dalam perlindungan hidupan liar di negara kita. Kawasan perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1903, iaitu Kawasan Perlindungan Chior di Perak. Kini, terdapat 55 kawasan perlindungan hidupan liar di seluruh negara.